Pegawai UPM dan KPT ada komplot dengan mahasiswa pembangkang Cina?

 

Arakian, pembongkaran demi pembongkaran JAMIS lakukan demi kehendak para mahasiswa semua.

 

Namun pembongkaran kali ini berbeza dengan sebelumnya, dahulu JAMIS membongkarkan kes mahasiswa pembangkang yang majoriti terdiri dari side-GMM.

 

Apa yang menghairankan ialah - Pihak Pentadbiran UPM dikatakan sedang dalam perundingan dengan mahasiswa pembangkang dari kaum Cina untuk mendirikan sebuah pertubuhan bahasa iaitu Persatuan Bahasa TiongHua (PBT).

 

Amat jelas, kaedah universiti melarang pertubuhan bahasa. Ia boleh menyebabkan sentimen perkauman boleh tercetus.

 

Sedang majoriti mahasiswa UPM dalam tempoh bercuti semester, puak mahasiswa pembangkang Cina ini dengan senang hati telah mengadakan satu perjumpaan di UPM baru-baru ini, yang mana telah menuntut supaya Persatuan Bahasa TiongHua direalisasikan pendaftarannya daripada pihak pentadbiran UPM dan KPT.

 

Mampukah pihak KPT dan pentadbiran UPM berjaya mendokong pendirian mereka bahawa tidak dibenarkan sama sekali pertubuhan berasaskan bahasa di kampus?

 

JAMIS dengan pendirian sekeras-kerasnya membantah penubuhan PBT yang diterajui oleh ahli GMM ini.

 

 

Editor,

JAMIS UPM.

-5 Dis. 2006

<<Kembali ke Halaman Utama JAMIS UPM.